Jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
1. Kuat amalan agama. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.
2. Akhlak baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruah. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan maruah.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga pandangan.
7. Jaga Pergaulan.
8. Mempunyai kawan yang baik. (Berkawan juga dgn org yg tdk baik demi membawanya ke jalan yg lurus)
9. Bertanggungjawab. (kpd agama, masyarakat, keluarga).
10. Berwajah tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja @ semasa kecemasan.
11. Sabar
12. Ikhlas
13. Takut kepada Allah. (ketika bersendirian @ ramai)
InsyaALLAH jika kita men'soleh'kan diri, maka isteri solehah yang akan dikurniakan Allah kepada kita.

Peringatan untuk diriku sendiri..!!
Drp: Darul Ilmi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan