...and who can forgive sins except Allah?...(3:135)

farisaei.blogspot.com


Selasa, 7 Disember 2010

I have Allah on my side

Insya Allah. Biiznillah... selamat tiba di Pengerang, Kota Tinggi untuk menghabiskan cuti selama seminggu di sini. Lawatan kali ini sebagai lawatan timbal balas kepada Zainal yang sudah tiga kali berkunjung ke Bachok. Lawatan ini juga merupakan lawatan ke-4 ke negeri Johor, juga lawatan menenangkan fikiran selepas berhempas pulas menghabiskan final exam.

Betapa sayangnya Allah kepada hamba-Nya.

Dari Tanjung Malim menuju Paya Indah (4hb, rumah sahabatku, Jamal) merentasi Lenggeng (4-6hb, rumah cikgu Al-Hafiz) sebelum ke Bangi (5hb) dan patah balik ke Lenggeng kemudian ke Seremban, Johor Bahru (6-7hb) dan Kota Tinggi (7hb..., rumah Zainal). Satu perjalanan bermotosikal yang menarik. Dua hari berturut-turut mandi hujan tidak terasa kerana nikmatnya berukhuwwah.


Rezeki juga dimurahkan melalui pengembaraan ini. Pada 5hb, menghadiri kenduri kawan di Dewan Gemilang UKM. Semasa di Lenggeng juga diberi makan percuma oleh pihak masjid dan Pak Cik (En. Ibrahim) serta Mak Cik. Begitu juga apabila tiba di Johor Bahru (1Muharram 1342 Hijrah). Dapat kurasa bahawa sayangnya Allah kepada diriku yang hina ini.


p/s: Sayang Allah kepada hamba-Nya melebihi sayang seorang ibu kepada bayinya.


Coretan: Fuji Ono

Tiada ulasan:

Catat Ulasan