...and who can forgive sins except Allah?...(3:135)

farisaei.blogspot.com


Isnin, 20 Disember 2010

Tukang sapu vs Pelajar universiti

VS


"Tidak akan hina seseorang yang dimuliakan oleh Allah dan tidak akan mulia seseorang yang dihina oleh Allah."

Andaikata seorang tukang sapu, hidup dalam kemiskinan, amanah dengan kerjanya & mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga. Insya Allah akan mulia hidupnya.

Berbeza pula dengan seorang lulusan universiti yang mendapatkan pekerjaan yang mantap misalnya jadi doktor, cikgu, peguam dan jurutera, tetapi tidak amanah dan tidak mengambil kisah soal halal & haram, maka hidupnya tidak akan mulia. Pasti balasan dahsyat datang menimpa sekiranya taubat tidak didahulukan.

p/s: Mulia itu bukan datang daripada pandangan manusia. 
Uwais al-Qorni (sahabat nabi yang tidak berkempatan bertemu nabi) misalnya, 
seorang yang miskin & 
tidak dikenali oleh penduduk bumi, 
tetapi begitu dikenali oleh penduduk langit.


Oleh: Ibnu Saei

Tiada ulasan:

Catat Ulasan