...and who can forgive sins except Allah?...(3:135)

farisaei.blogspot.com


Sabtu, 25 Disember 2010

Syaitan

Ingat..! syaitan itu kreatif

Perkongsian ilmu.

Lengan & kaki juga adalah aurat wanita kepada lelaki ajnabi (asing). Kedua-dua bahagian ini hanya boleh ditunjukkan kepada wanita Muslim (wanita bukan Islam ada khilaf "perselisihan pendapat") & suami serta ahli kelurga (mahram).

Tetapi apa yang menyedihkan, kedua-dua bahagian ini kurang dijaga oleh wanita Islam. Situasi ini amat membahayakan.

Sabda Nabi saw kepada Asma' bt Abu Bakar

"Wahai Asma', Sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh, maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini & ini seraya menunjukkan wajah & telapak tanggannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Tapi, kita sering alpa. Mengapa?

Ingat!

Sabda Nabi saw lagi,

"Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalanku fitnah (cubaan) yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada (fitnah) wanita." (Muttafaq 'alaihi)


p/s: Jagalah dirimu dengan sebaik-baiknya wahai wanita agar dirimu tidak menjadi punca pencemaran pemandangan kepada golongan lelaki.


Oleh:
Khairul Naim

Isnin, 20 Disember 2010

Tukang sapu vs Pelajar universiti

VS


"Tidak akan hina seseorang yang dimuliakan oleh Allah dan tidak akan mulia seseorang yang dihina oleh Allah."

Andaikata seorang tukang sapu, hidup dalam kemiskinan, amanah dengan kerjanya & mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga. Insya Allah akan mulia hidupnya.

Berbeza pula dengan seorang lulusan universiti yang mendapatkan pekerjaan yang mantap misalnya jadi doktor, cikgu, peguam dan jurutera, tetapi tidak amanah dan tidak mengambil kisah soal halal & haram, maka hidupnya tidak akan mulia. Pasti balasan dahsyat datang menimpa sekiranya taubat tidak didahulukan.

p/s: Mulia itu bukan datang daripada pandangan manusia. 
Uwais al-Qorni (sahabat nabi yang tidak berkempatan bertemu nabi) misalnya, 
seorang yang miskin & 
tidak dikenali oleh penduduk bumi, 
tetapi begitu dikenali oleh penduduk langit.


Oleh: Ibnu Saei

Isnin, 13 Disember 2010

Gu kawe

Kawe ni jenis oghe hok saing blako nge manusio. Tok kiro budok-budok, sebayo, oghe tuo ko, kawe laye blako. Kade-kade tu oghe gilo pun kawe laye. Mugo dio oghe kew bukenyo putung kayu. Ni sorang, bekas bos jahat & bekas lanun, saing baik kawe jugok. Walaupun jare jupe, tapi duk balas mesej sokmo.

Hujung bule lepas.. Buleh jugok kawe bual nge dio di kedai pelaye di kg Nako. Dio ajok jupo tu gak, kawe ho slaluh, tok kiro banyok tamboh lagi mugo ohge nok blanjo.

Banyok sungguh kawe dengar crito dio.. Kawe tok suruh crito pun, tapi dio nok crito.. Mako kawe dengar lah.

Ni crito nyo

“Mat (namo glamor kawe ni), aku ni jenis ohge jahat.. Tok tahu tuh bilo nok bruboh. Umor pun koho tuo.” Kato saing kawe.

“Pulok doh.” Ayat ni jah hok keluar mulut kawe.

“Mu tau dok.. Male baru lepas aku ropok kedai di kg sbeloh.. Buleh la seribu lebih..” Rilex jah dio oyak ko kawe.

“Parok mu..!! Bakpo mu duk wat kijo gini eh? Mu bayar make & air pah nih jange guno duit tuh, gelap perut aku. Aku duk ngaji agi loni.. Biar kabar etek gak." Murihhh kawe.

“Bereh Mat.. Aku bayar nge duit halal nanti. Aku tahu mu juruh. Mu sore jah saing aku hok baik. Hok lain tu gak prangai supo bewok blako. Lebih kure aku.” Lanjut saing kawe lagi.

"Ni so karo aku nok crito.. 'Oghe tino'.. Aku ado la brapo ohge tino hok nok ko aku. Aku mugo puah duk sajo gak, ohge ajok gewe aku pun gewe." Tamboh saing kawe.

“Pah tu?”

“Ni la hok aku duk mikir sapa loni nih.. Tigo-tigo ohge budok tino tu ajok aku nikoh. Parok molek. Sumat lemok sungguh.”

“Mu kato gapo dio.” Tanyo kawe.

“Aku duk dien lagi. Dok tahu nok oyak gapo dio.”

"Mat.."

Tapi, aku tok sir ko tino tigo ohge tuh.. Punoh-punoh blako doh puok dio. Bekas-bekas oghe blako. Takdop nilai agamo lasung. Tok leh wat calon ohge lagu tuh. Wat punoh keturunan aku jah. Lain lah kalu puok-puok dio tobat dulu.

“Pah mu nok ko sapo..?”

“Aku ajak nok cari oghe tino hok baik. Oghe tino solehah ko. Oghe gini baru buleh buat bini. Buleh didik anok-anok aku nanti. Ko guano Mat?”

Jolo doh tu Li (namo saing kawe ni).. Tapi mu keno tobat dulu. Mu tobat, pah tuh kito try cari anok tuk ime ko. Kapong aku pun ramai anok tuk ime hok baik-baik. Ado hok dok tubik rumoh. Ohge ginih baru buleh wat calon bini.

“Gituh.. Buleh-buleh.”

“Mat.. Nok tobat niat lagu mano doh?”

“Aloh.. Mu niat la.. Tok sir doh buat benda-benda jahat.. Gapo hok mu ambik hok ohge tuh, mu gi atar smula  dok pun mu gi mitok halal dan maaf.”

"Den.. Bo la mu duk saing rapat-rapat nge saing-saing hok so palo nge mu. Punoh pulok mu nanti."

“Bereh Mat.. Aku tobat sini jugok.. Mu jadi saksi.”

…….

Tobat sungguh Li selepas kejadian tuh..

“Ado sokmo duk mari sejid kg kawe maye jemaah, lebih-lebih lagi maye ngorib & iso. Suboh? Dok mari lasung.. Hehe. Takpo la berubah sikit sikit.”

Dio pun kijo molek doh.. Jual aye di kg dio… Kijo nge ohge. Tok supo mulo.. Duk kebah aye oghe jah kijonyo. Molek ar gini gak. Ado nilai jugok kalu duk jual aye. Banyok  bui pedoh kore ramai.

…………….

Perbualan di sejid

“Mat.. Mu tahu dok?”

“Gapo?”

“Ohge kg aku & saing aku sdiri jeling main ko aku meta-meta la aku duk jual aye loni. Nyo sinis main ko aku.”

“Takpo la Li..Oghe nok kato biar la.. Nok wat guano doh. Mu sabar jah. Tuhan kito ado kew. Nok pelik apo.”

Jolo Mat. Betul gapo hok mu kato tuh. Aku setuju 100 pratus. Duli apo kore dek neh. Kito wat sarok kito, demo wat sarok demo.

Aku kato nok tobat.. Aku tobat ngoti.. Oghe nok kato aku bos jahat lagi pun katolah, asal jange duk mari timbuk aku sudoh.

p/s:
1. Allah Maha Penerima Taubat
2. Baiki diri kita dahulu 'jadi baik' sekiranya menghendaki calon isteri yang baik.
3. Jangan sesekali kita memperlekeh seseorang yang bertaubat. Barangkali mereka lebih baik daripada kita.
4. Boleh kita (sekiranya iman kuat) berkawan dengan seseorang yang rosak akhlak demi membawanya ke jalan yang lurus.


Oleh: Darul Fiqh

Khamis, 9 Disember 2010

Don't waste our time


Don't waste our time even 1 minute.. Remember this..!!

Harianku untuk Islam...


check-list

1. Baca al-Quran
2. Solat tahajjud
3. Solat subuh berjamaah
4. Baca al-Ma'thurat
5. Solat Sunat dhuha (pintu rezeki)
6. Zikir harian (pelindung diri)
7. Solat zohor berjamaah
8. Solat Asar berjamaah
9. Riadah (kesihatan jasmani)
10. Ziarah
11. Sedekah (harta, percakapan & perbuatan)
12. Usrah
13. Solat maghrib berjamaah
14. Solat sunat hajat
15. Hadiri kuliah agama (mendidik diri)
16. Solat isya' berjamaah
17. Baca buku pilihan
18. Solat sunat witir
19. Muhasabah diri

...tambah lagi dengan amalan-amalan baik lain.

P/s: buat dengan sabar & ikhlas.

Peringatan untuk diri...!!




0leh: Khairul Faliq


Selasa, 7 Disember 2010

I have Allah on my side

Insya Allah. Biiznillah... selamat tiba di Pengerang, Kota Tinggi untuk menghabiskan cuti selama seminggu di sini. Lawatan kali ini sebagai lawatan timbal balas kepada Zainal yang sudah tiga kali berkunjung ke Bachok. Lawatan ini juga merupakan lawatan ke-4 ke negeri Johor, juga lawatan menenangkan fikiran selepas berhempas pulas menghabiskan final exam.

Betapa sayangnya Allah kepada hamba-Nya.

Dari Tanjung Malim menuju Paya Indah (4hb, rumah sahabatku, Jamal) merentasi Lenggeng (4-6hb, rumah cikgu Al-Hafiz) sebelum ke Bangi (5hb) dan patah balik ke Lenggeng kemudian ke Seremban, Johor Bahru (6-7hb) dan Kota Tinggi (7hb..., rumah Zainal). Satu perjalanan bermotosikal yang menarik. Dua hari berturut-turut mandi hujan tidak terasa kerana nikmatnya berukhuwwah.


Rezeki juga dimurahkan melalui pengembaraan ini. Pada 5hb, menghadiri kenduri kawan di Dewan Gemilang UKM. Semasa di Lenggeng juga diberi makan percuma oleh pihak masjid dan Pak Cik (En. Ibrahim) serta Mak Cik. Begitu juga apabila tiba di Johor Bahru (1Muharram 1342 Hijrah). Dapat kurasa bahawa sayangnya Allah kepada diriku yang hina ini.


p/s: Sayang Allah kepada hamba-Nya melebihi sayang seorang ibu kepada bayinya.


Coretan: Fuji Ono

Jumaat, 3 Disember 2010

Ukhuwwah

Lembah Bujang, Kedah
Dari kiri: Suhaidi, Azhar, Hafizuddin, Ahmad Mustapha, Gadula, Ferdaus, & 
diriku (jurufoto)

Syaitan itu kreatif...! Berukhuwwah salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada terjerat dengan perangkap syaitan. Menyibukkan diri dengan berukhuwwah. Saling menasihati sahabat dengan perkara baik.

Apabila kita ramai pasti sukar bagi syaitan untuk menjerumuskan diri kita ke lembah kehinaan.

Dua orang pemuda yang bertemu serta berkasih sayang kerana Allah & berpisah juga kerana Allah. (Akan mendapat naungan Allah pada hari akhirat nanti)


P/s: Indahnya berukhuwwah..

Khamis, 2 Disember 2010

Yang soleh



Jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

1. Kuat amalan agama. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.

2. Akhlak baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruah. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan maruah.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga pandangan.

7. Jaga Pergaulan

8. Mempunyai kawan yang baik. (Berkawan juga dgn org yg tdk baik demi membawanya ke jalan yg lurus)

9. Bertanggungjawab. (kpd agama, masyarakat, keluarga).

10. Berwajah tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja @ semasa kecemasan.

11. Sabar

12. Ikhlas

13. Takut kepada Allah. (ketika bersendirian @ ramai)

InsyaALLAH jika kita men'soleh'kan diri, maka isteri solehah yang akan dikurniakan Allah kepada kita.



Peringatan untuk diriku sendiri..!!

"Sesungguhnya aku tahu 100% sifat baik di atas, tetapi aku tidak yakin sifat-sifat itu ada dalam diriku."


Drp: Darul Ilmi

Sejarah Islam

1. Nabi Muhammad (12 Rabiul Awal, 20 Apri 570/571- 8 Jun 632)
2. Khalifah Ar-Rasyidin (632-661M) (634-663)
3. Kerajaan Umayyah (661-750 M)
4. Kerajaan Abbasiyyah (750-1258)
5. Kerajaan Turki Uthmaniyyah (1299-1924)

Nabi Muhammad s.a.w.

(12 Rabiul Awal, 20 Apri 570/571- 8 Jun 632)
Usia 40 tahun-Turun wahyu

Khulafa al-Rasyidin

  • 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah.Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
  • 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
  • 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
  • 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
  • 636M- Penaklukan SyriaMesopotamia, dan Palestin.
  • 637M- Mesir ditawan.
  • 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
  • 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
  • 645M- Kempen di Afrika UtaraCyprus ditakluk.
  • 646M- Kempen menentang Byzantine.
  • 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
  • 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
  • 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
  • 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke KufahPerang Siffin meletus.
  • 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
  • 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
  • 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.


Kerajaan Bani Ummaiyyah


Kerajaan Bani Abbasiyyah


Empayar Turki Uthmaniyyah





Wikipedia