saat pertama kali disapa,
sujud syukur aku pada Ilahi,
kerana bagiku dia bukan sembarangan 'wanita',
ada sesuatu yang berlainan pada diri doktor itu.
aku yakin ada solehah dalam dirinya,
bakal menjadi penyejuk mata,
penghibur hati & penawar duka,
yang menjadi idaman pemuda beriman.
tutur katanya tersusun penuh berilmu,
maruahnya tegar dijaga,
syariat tetap diutamakan,
tanda seorang muslimah sejati.
wajahnya ibarat bidadari,
kurniaan Allah Yang Maha Esa,
tapi bukan ini yang kukejar,
aku lihat lebih daripada itu,
solehah itu yang menjadi buruan.
padanya ada sifat keibuan,
insyaAllah mampu mendidik cahaya hati,
umat Muhammad,
juga pejuang dan penegak agama Allah.
semoga ikatan yang terjalin ini mendapat redha Allah,
bahagia di dunia dan bersambung bahagia di akhirat.
Ps: Taati Allah & taati Rasul. Dan selepas itu taatlah suamimu selagi dia berpegang pada suruhan Allah dan sunnah nabi. Juga berbaktilah kepada ibu bapamu yang banyak berjasa dalam mendidik dan membesarkanmu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan