...and who can forgive sins except Allah?...(3:135)
farisaei.blogspot.com
Khamis, 7 November 2013
Ahad, 18 Ogos 2013
menanti manisnya
insyaAllah,
akan tiba nanti saat itu,
mungkin peristiwa itu tertangguh
supaya..
..aku lebih bersedia,
..aku dapat membaiki diri,
..aku lebih mencintai-Nya,
..aku berbakti kepada ibu bapa dahulu,
..aku lebih bersabar,
sebelum aku memikul amanah yang berat itu.
aku seringkali meminta,
"Ya Allah..permudahkanlah, jgn Engkau susahkan segala urusanku."
::kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya :)
akan tiba nanti saat itu,
mungkin peristiwa itu tertangguh
supaya..
..aku lebih bersedia,
..aku dapat membaiki diri,
..aku lebih mencintai-Nya,
..aku berbakti kepada ibu bapa dahulu,
..aku lebih bersabar,
sebelum aku memikul amanah yang berat itu.
aku seringkali meminta,
"Ya Allah..permudahkanlah, jgn Engkau susahkan segala urusanku."
::kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya :)
didik diri
s-a-b-a-r
senang disebut,
tapi sukar dihadam.
apabila musibah menimpa org,
kita memintanya supaya bersabar,
"sabarlah...ini semua ujian Allah".
walhal apabila musibah terkena kita,
baru kita tahu sukarnya makna sabar,
"kenapa musibah ini menimpaku?"
duhai hati..bersabarlah.
:: org yg beriman apabila diberi nikmat, dia bersyukur &
apabila ditimpa musibah, dia bersabar..kedua-dua itu adalah baik baginya...
senang disebut,
tapi sukar dihadam.
apabila musibah menimpa org,
kita memintanya supaya bersabar,
"sabarlah...ini semua ujian Allah".
walhal apabila musibah terkena kita,
baru kita tahu sukarnya makna sabar,
"kenapa musibah ini menimpaku?"
duhai hati..bersabarlah.
:: org yg beriman apabila diberi nikmat, dia bersyukur &
apabila ditimpa musibah, dia bersabar..kedua-dua itu adalah baik baginya...
Ahad, 14 Julai 2013
Ya Rasulullah
"Bawalah Rasulullah s.a.w. pulang ke rumahmu...
dengan mencontohi akhlaknya,
mengamalkan sunnahnya,
mengkaji sirahnya dan
mengenalkan Baginda kepada anak-anakmu..."
-Habib Mahdi Abu Bakar Al-Hamid-
Khamis, 20 Jun 2013
sedekah
"Sesungguhnya sedekah seseorang Muslim itu memanjangkan umur & mencegah daripada mati dalam keadaan buruk & Allah pula menghapuskan sikap sombong & membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" -HR Tabrani-
Kelebihan lain sedekah:
1. Memadamkan kemurkaan Allah.
2. Menghapuskan dosa.
3. Pelindung daripada api neraka.
4. Mengubati penyakit fizikal.
5. Menolak pelbagai jenis bala.
6. Melapangkan dada, melegakan jiwa dan mententeramkan hati.
7. Membersihkan harta.
Kelebihan lain sedekah:
1. Memadamkan kemurkaan Allah.
2. Menghapuskan dosa.
3. Pelindung daripada api neraka.
4. Mengubati penyakit fizikal.
5. Menolak pelbagai jenis bala.
6. Melapangkan dada, melegakan jiwa dan mententeramkan hati.
7. Membersihkan harta.
Selasa, 18 Jun 2013
Isnin, 20 Mei 2013
budak skolah
cg2 lama duk oyak...
sambutan hr guru tahun ni hok paling meriah..haa
sebelum ni xpernah sambut gini.
sebelah pg..selepas phimpunan, cg2 duk bersukan nge budak2..
mainan: galah panjang, lari ikat kaki (3 ore), cari gula2 dlm tepung nge mulut & tarik tali.
10-10.30: cg2 duk bersiap pakai baju skolah...manakala budak2 dikumpulkan dlm dewan.
10.30: cg2 diarak masuk dewan nge paluan kompang.
maso cg2 duk muka pintu nk masuk dewan hinggalah duk atas pentas..budak2 duk sukooo & bsorakk xabih2 sambil tgn duk tunjuk2 ko puok cg..hahaa
nyo pakat oyakk..
"nampak xmace cg"
"serupo pljr sggh"
"lawak2"
p/s: mf gambar xdop..
sambutan hr guru tahun ni hok paling meriah..haa
sebelum ni xpernah sambut gini.
sebelah pg..selepas phimpunan, cg2 duk bersukan nge budak2..
mainan: galah panjang, lari ikat kaki (3 ore), cari gula2 dlm tepung nge mulut & tarik tali.
10-10.30: cg2 duk bersiap pakai baju skolah...manakala budak2 dikumpulkan dlm dewan.
10.30: cg2 diarak masuk dewan nge paluan kompang.
maso cg2 duk muka pintu nk masuk dewan hinggalah duk atas pentas..budak2 duk sukooo & bsorakk xabih2 sambil tgn duk tunjuk2 ko puok cg..hahaa
nyo pakat oyakk..
"nampak xmace cg"
"serupo pljr sggh"
"lawak2"
p/s: mf gambar xdop..
Selasa, 30 April 2013
bola
cekgu bola
den nyo jadi cg bola & pjpk gak
setiap hari selasa & khamis
ambo pakai pakaian sukan gi skolah...
maen bola nge budak2
sero sedakk jugak gi skolah pkai lagunih..xlah braso skema sgt
p/s: hok penting aurat dijaga... :-)
Isnin, 22 April 2013
Sabtu, 23 Mac 2013
halaqah
pengisian daripada
Dr. Nazre & Dr. Azmil
Izwan, Zainal & Azam
Dr. Azmil, ambe & Fariz
khusyuk duk dengar ayat2 ilmu daripada tuan rumah, Dr. Nazre..
bergambar ramai2 dulu sebelum balik..hee
musibah
as-sabru 'inda musibah..
Sabar apabila ditimpa malapetaka @ musibah
"ada hikmahnyo kejadian ni...kita terima jah"
"alhamdulillah nyawa selamat...kereta punoh xpo"
-akh alhafiz-
kemalangan keto akh alhafiz dgn lori, 23 mac 2013
semasa dlm perjalanan balik drp program dakwah di Seremban..
Sabtu, 2 Februari 2013
pintaku
ya Allah…
rahmati dia yang jauh di
sana,
berikan kesihatan yang berpanjangan kepadanya,
tabahkan dia dalam setiap
ujian yang datang,
lapangkan dadanya supaya mudah menerima ilmu-Mu,
permudahkan setiap urusan dia,
limpahkan keberkatan hidup
kepada dia,
teguhkan hatinya untuk selalu taat kepada-Mu,
curahkan kasih sayang-Mu ke atasnya.
aameen...
:: ya Allah! aku mohon kepada-Mu
supaya aku dapat mencintai-Mu & mencintai orang yang mencintai-Mu.
Isnin, 21 Januari 2013
SMU (A) Tarbiah Islamiah
ni sekolah ke-4 yg ambo ngajar
suasana yg Islamik
pengetua sporting sungguh
“hello ris..
“Ea ustaz."
"budok2 duk baco ko?”
"Allah ustaz. sy duk kg dohni. pesan dh ko pljr td.” (maren oyak dh kea ko ustaz nk balik kg..hee)
“Oo..pah kg dh dih?…bereh2.”
“bereh ustaz.”
Ustaz & cikgu pun baik
“syukran ustaz.”
tuke ketin
pun baik2,
“anggaplah kita ni sokeluarga. xyah anggap supo ore
lain. nk make mai ambil jh.” oyak abe man
“cikgu mai la make sini..skali dgn budak2.xyah gi beli
kedai luar.” kata nge kak yam (bini abe man)
maren ambo tubik gi kedai depan skoloh..lepok2 sambil blasah tomyam aye. tobat sedap sbb
xajim make lg hok jenis byk lada hncur gituh...sup aye?xtry lagi...kalu try mgkin sedap lg dari
hok make sblum ni…hee
ambo takut dh nk gi try pahni sbenarnyo…takut abe man & kak
yam terasa hati sbb xgi make di ketin…keno ork dulu, takut brigak plk…
Mm...ni poin peting sbenarnyo
duk bual dgn abe man
“bilo nk nikohnyo cikgu? cikgu su (warden puwe) xkawin
lg tu. dio pun comel & muda lagi. baru tahun ni jh mai skoloh ni.. buleh ngejah la.
“Mm..sy ad calon dh abe man...plan tahun ni.”
“Oo..bila tarikhnyo? jemput sy tu. Nanti sy gi cikgu.”
“insyaAllah raya nnt..xpo2 sy jemput.”
“kawin ni byk cabaran cikgu. ore puwe ni kea…maso sbelum kawin laen & lepas kawin jd laen. lepas kawin tu akan berubah sakan.”
”Oo yoko?”
“tapi kut mano2 pun kito keno byk sabar. Kalu dio jadi
api, kito keno jadi air…jgn jadi api jgk..bahayo..."
"betul2."
"kalu bini ngepek,
abe man duk diam jah…pahtu abe man stat keto gi tubik kedai..balik gak jd baik
smula la.”
“Oo..buleh praktik tu.”
“so lagi (sambil panggil bini dio) abe man xpenah duk
komen2 pasal makane hok bini masok dumoh...abe man make jh gapo hok ado. betul dok yam?”
“yaa bang. betul2”
"hee."
“Oo..molek..lagi2”
“blaa blaa…(mace2 ilmu).”
“banyok lg tip..dumah tu ada buku hok tebal..meme keturune keluarga abe man duk baco..3 generasi dh baco.xpo2 nanti abe man crito lg. kito kongsi..
"Ea..bereh2."
Jumaat, 18 Januari 2013
Permudahkan
Xlamo dh nak sampai
masonya. Macam byk lg kekurangan diri ini. insyaAllah, Allah permudahkan. Kito
pun samo, keno permudahkan urusan nikah-kawin ni. Ibu bapa lagilah keno peka
& sporting dalam isu ni…
Yassiru wala tua’ssiru
Kalu nk jadi suami, maka keno
ikutla hok disenaraikan di bawah ni..
Tanggungjawab suami
:: beri mahar@maskawin
:: beri nafkah zahir &
batin
:: memelihara rahsia
isteri & keluarga
:: sara keperluan hidup
isteri & anak-anak (makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal…)
:: beri didikan agama
kepada isteri & anak-anak
:: beri pendidikan yang
secukupnya kepada anak-anak
:: jaga keselamatan rumah
tangga, isteri & anak-anak
:: beri kasih sayang
kepada isteri & anak-anak
:: bersikap adil (penulis tulis: kalu poligami la)
:: pimpin ahli keluarga
supaya bertakwa kepada Allah
:: beri galakan kepada
isteri menziarahi muhrim
:: jadi contoh terbaik
kepada ahli keluarga
:: jalin hubungan yang
baik dengan jiran
“Dan antara tanda-tanda kebesaran-Nya adalah Dia
menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat
hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu.
Sungguh yang demikian itu ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” (30:21)
Buku: Mudahnya berkahwin
dalam Islam (Siri Mudahnya Islam)
Tulisan: Muzayyanah
Abdullah
p/s: napok seney jah
‘perane suami’, tapi nak buat… Allah Yang Maha Tahu. InsyaAllah cuba buat yang
terbaik. “Permudahkan urusan kami ya
Allah”
: banyakan sabar
Syahid
sungguh manusia
mati sekali sahaja,
mati apakah yang
lebih baik daripada syahid?
mereka berjuang kerana
Allah,
bukan kerana
nama.
mereka berjuang
mengejar kematian,
musuh pula
berusaha mengejar kehidupan.
mereka mencari
redha Allah,
musuh mencari
kemegahan.
mereka sama
sekali tidak ditanya tentang hasilnya,
mereka ditanya tentang
apa yang diusahakan.
tewas menang itu
dengan izin Allah,
Tuhan Pencipta
alam.
mereka kasih kepada Allah,
dan Allah
kasih kepada mereka.
sungguh
beruntung orang yang mendapat syahid,
kerana syahid
adalah mati yang mulia di sisi Allah.
“Dan jangan
sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan
Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara
istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (3:169)
Kata-kata
tokoh Hamas:
“Saya punya
firasat akan segera mendapatkan kesyahidan
& memang itulah yang saya
minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia.” (As-Syahid Sheikh Ahmad
Yasin)
“Ia adalah
kematian sama ada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah sama ada
dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” (As-Ayahid Dr.
Abdul Aziz Ar-Rantisi)
:: from Allah we came and to Him we
shall return. (2:156)
Isnin, 7 Januari 2013
Halal way
"Tiada yang lebih membahagiakan
dua orang yang saling menyukai
kecuali menikah."
Bahaya cinta sebelum halal
:: diri dimanipulasikan oleh nafsu & syaitan
:: hati merindui makhluk yang tidak halal
:: mabuk cinta & berfikiran tidak rasional
:: soal halal & haram diketepikan
:: jiwa terganggu & tidak tenteram
:: alam rumah tangga nanti terbina atas dasar maksiat
:: paling bimbang jika tidak mendapat redha Allah
:: hati merindui makhluk yang tidak halal
:: mabuk cinta & berfikiran tidak rasional
:: soal halal & haram diketepikan
:: jiwa terganggu & tidak tenteram
:: alam rumah tangga nanti terbina atas dasar maksiat
:: paling bimbang jika tidak mendapat redha Allah
P/s:
1. Mengikat tali pertunangan tidak menghalalkan apa-apa. Pertunangan tidak menjadi tiket untuk bermesra. Aku dan dirimu tetap bukan
mahram.
2. "Mengapa kamu
menyuruh orang lain membuat kebaikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab Allah, tidakkah kamu mengerti?” (2:44)
Rabu, 2 Januari 2013
Laye
Bab laye manusia ni
keno bermace-mace gayo…
Laye mok bapok ado caro dio….xleh nak ngasar main.
“Mat mari mesin nyo ni….mek
nk gulai ike darat”
“Bereh mek. Berapa butir
nk nyo?”
“Mesin bulih tigo butir..bru
lemok molek.”
“Ok mek. 3 minit siap.”
Laye adik2 pun kenolah sesuai…jgn duk main lepas gitu jh.
“Mm..buleh dop eh aku
nk cari calon di uum?…sbb loni ad 2 ore hok napok minat ko aku’
“Mu ni gak orientasi
sminggu xabis lagi, caro ko nok bergewe dh.”
“Oloh maroh doh. Ore
nk mitok pndapat jh..iskk2 sukk2..”
“Oo..ok2..suruh budak
tu tepon ko ambo klu die berkene gak.”
Laye budak2 keno ikut caro budak2….xleh nk maroh ikut den.
“Mu bo mari sejid esok
klu duk geger gini gak..ore nk maye pun xleh”
“Eaa..sabar pokcik..jgn
maroh gitu..nnt pok2 dio kecik ati & xmari gak. Pah klu kito mati seksok sapola
hok nk mari sejid ni klu buke pok2 dio.”
Laye saem sobat ikutlah caro saem sobat slgi xlanggar
syariat .... xleh buat keras keng kito.
“Mat..kul 2.45pg ni
final liga champion Chelsea vs Bayern…tubik kedai pelaye Dapur Siam nok?
“Bereh…lepas abis tu
kito gi sejid maye subuh slaluh.”
“Oo..beyeh2.”
Laye ore tuo keno ikut caro ore tuo….xleh ikut palo kito
kokse.
“Xpo pokcik ble2
tido nerakk gini dop?…baco deh kisah siroh tu…baco kuat2.”
“Oo..bereh pokcik. Jgn
dengkur sudohla.”
Laye ‘bakal isteri’ ikutlah caro hok betul….xleh duk ngaruk &
ngenak xpasal2….nanti keno reject kea sapo hok susoh?..haa
“Awk, ujian hok hadir nnt
buleh memaniskan lg alam rumah tangga kito kn?”
“Mm..betul. lagi manis
klu isteri kito tu dapat seore madu kea?”
“Waaa…”
“Allah. Dop2..sy gurau jh ni awok. Jgn ambik ati deh. Tobat sy xngenak doh pahni”
Laye bakal adik ipar hok minat bola..hee
Selasa, 1 Januari 2013
Ada solehah dalam dirinya
saat pertama kali disapa,
sujud syukur aku pada Ilahi,
kerana bagiku dia bukan sembarangan 'wanita',
ada sesuatu yang berlainan pada diri doktor itu.
aku yakin ada solehah dalam dirinya,
bakal menjadi penyejuk mata,
penghibur hati & penawar duka,
yang menjadi idaman pemuda beriman.
tutur katanya tersusun penuh berilmu,
maruahnya tegar dijaga,
syariat tetap diutamakan,
tanda seorang muslimah sejati.
wajahnya ibarat bidadari,
kurniaan Allah Yang Maha Esa,
tapi bukan ini yang kukejar,
aku lihat lebih daripada itu,
solehah itu yang menjadi buruan.
padanya ada sifat keibuan,
insyaAllah mampu mendidik cahaya hati,
umat Muhammad,
juga pejuang dan penegak agama Allah.
semoga ikatan yang terjalin ini mendapat redha Allah,
bahagia di dunia dan bersambung bahagia di akhirat.
Ps: Taati Allah & taati Rasul. Dan selepas itu taatlah suamimu selagi dia berpegang pada suruhan Allah dan sunnah nabi. Juga berbaktilah kepada ibu bapamu yang banyak berjasa dalam mendidik dan membesarkanmu.
Langgan:
Ulasan (Atom)




