...and who can forgive sins except Allah?...(3:135)

farisaei.blogspot.com


Khamis, 25 Ogos 2011

Hak Bukan Islam

Hak Non-Muslim di dalam al-Quran


Firman Allah


Surah Al-Mumtahanah
"Allah tidak melarang kamu berbuat baik & berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku adil." (60:8)


Surah At-Taubah
"Dan jika di antara kaum musyrikin ada yang meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah agar dia dapat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. (Demikian) itu kerana sesungguhnya mereka kaum yang tidak mengetahui." (9:6)


Islam mengiktirah non-Muslim sebagai penduduk yang perlu dihormati & dipelihara hak mereka. Malah terdapat hadis menyebutkan bahawa seseorang yang menyakiti non-Muslim dalam kalangan ahli zimmah seperti menyakiti Rasulullah s.a.w. 


(Walaupun ada ulama yang kata hadis ini lemah & palsu, tetapi dari segi makna-disokong oleh HR Bukhari (no.3166) "Sesiapa yang membunuh orang yang melakukan pejanjian tidak mencium bau syurga.")



Sumber:
Al-Quran
Dr. Danial Zainal Abidin
Auditorium, UPSI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan