Di fikiran berlegar persoalan ini,
Giliran diriku bila lagi?
Terasa sudah hampir sekali,
Tidak mungkin dapat kulari.
Hari demi hari,
Sebuah kehidupan silih berganti,
Yang hidup akan pergi,
Yang baru datang berganti.
Aku masih di sini, tapi...
Ramai sahabatku sudah pergi,
Meninggalkan dunia yang fana ini,
Sedia bagi menghadap Ilahi.
Bagaimana dengan diriku ini?
Apa yang menyelubungi diri,
Rasanya pahit & perit sekali,
Tidak putus dosa kukejari.
Yang jelas lagi pasti,
Natijahnya sedia kuketahui,
Merana diri sudah pasti,
Jika taubat tidak kudahului.
Bagaimana nanti?
Sanggupkah aku meniti hari,
Dengan keadaan begini,
Bengis sekali menzalimi diri.
Akan beralih sebuah situasi,
Alam berbeza menempatkan diri,
Mengharap kasih sayang Ilahi,
Di samping syafaat nabi,
Mati,
Pasti akan datang mendekati,
Kesedihan pasti menyelimuti diri,
Jika maksiat terus kulanggani.
Apa yang si pendosa hadapi?
Pasti neraka yang berisi api,
Menjulang tinggi panas sekali,
Sediakah aku terima semua ini?
Allah tuhan pemberi rezeki,
Allah yang mencipta bumi,
Allah yang mencipta diri ini,
Allah yang sedia mengampuni.
Kumohon dan kurayui,
Ku mengharap sekali,
Rahmat-Mu wahai Ilahi,
Ampuni diriku yang hina ini.
Jumaat, 24 Zulhijjah 1433.