...and who can forgive sins except Allah?...(3:135)

farisaei.blogspot.com


Sabtu, 12 September 2009

Sabar

Hadis Qudsi:

"Apabila Aku hadapkan musibah (bencana) kepada salah seorang hamba-Ku pada badannya, hartanya atau anaknya, kemudian ia menerimanya dengan kesabaran yang sempurna, Aku merasa malu membuat timbangan baginya pada hari Kiamat atau membukakan buku catatan amalannya." (Hadis Qudsi riwayat al-Qudaa'i, ad-Dailami & al-Hakim Tarmizi daripada Anas ra.)

Sabar ialah sesuatu kekuatan, daya positif yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan.

Menurut falsafah Islam, sikap sabar ada lima, iaitu:

1. Sabar dalam beribadat (as-sabru fil ibadat), iaitu tekun mengendalikan diri melaksanakan syarat-syarat & tatatertib ibadat.

2. Sabar apabila ditimpa malapetaka @ musibah (as-sabru 'inda musibah), iaitu teguh hati ketika mendapat musibah, kematian, kecelakaan, kejatuhan, diserang penyakit dsb.

3. Sabar terhadap kehidupan dunia (as-sabru 'anid dunya) iaitu sabar terhadap tipu daya dunia, tidak terpaut pada kenikmatan hidup di dunia, dan tidak menjadikan kehidupan dunia sebagai tujuan, tetapi hanya sebagai alat untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal.

4. Sabar terhadap maksiat (as-sabru 'anil ma'siah), iaitu mengendalikan diri supaya tidak melakukan maksiat.

Sabar ini bukan sahaja mengenai diri sendiri, tetapi juga mengenai diri orang lain iaitu berusaha agar orang lain tidak terperosok ke jurang kemaksiatan, dengan melakukan amal makruf nahi mungkar (mengajak manusia melakukan kebaikan & mencegahnya daripada perbuatan yang buruk)

5. Sabar dalam perjuangan (as-sabru fil jihad), iaitu menyedari sepenuhnya bahawa setiap perjuangan mengalami masa naik & turun, masa menang & kalah.


Marilah kita bermohon kepada Allah agar menghiasi diri kita dengan sifat sabar. Amin ya Rabbal'alamin.


Sumber:
-Buku Hadis Qudsi-
Surau Taman Segar, Tg. Malim

'Guru' is my life

Guru merupakan salah satu ejen terpenting yang memainkan peranan dalam mencorakkan suasana institusi pendidikan, pelajar, masyarakat serta dunia pada hari ini. Tanpa seorang guru, mungkin tidak akan lahirlah seorang doktor, arkitek, peguam, akauntan & sebagainya yang dipandang hebat berbanding guru.

Guru bukan seorang yang kaya dengan harta, tetapi Insya Allah kaya dengan ilmu & pahala.

p/s: Hormatilah guru dengan sebaik-baiknya. Kita boleh menjadi guru kepada diri sendiri dengan menasihati diri mengenai perkara kebaikan.

Guru!
Sungguh mulia dirimu,
Tidak kenal penat mendidikku,
Saban hari saban waktu.

Guru!
Bernilai sekali hadirmu di sisiku,
Memberi dan mencurah segala ilmu,
Tidak pernah sekali berasa jemu.





Oleh: Ibadurrahman

Di sini bermula

Salam.. Ikhlaskan niat: Belajar kerana Allah.